Makeover Blog Paling Murah

September 01, 2017

Since ada kawan aku yang tanya dari mana belajar buat template blogger ni , dekat sini aku nak bagitahu kat korang yang sebenarnya aku hanya order makeover blog servis je . Nak buat sendiri belum mampu lagi . Hehe , sebab apa ? Sebab belum banyak mendalami lagi aplikasi yang berkaitan nak edit gambar dan seangkatan dengannya .

Dekat mana aku order makeover blog servis ? Actually , aku order dekat Sis Hawa by Facebook je . Sebab masa tu aku pakai add je orang yang ambil servis makeover ni . Dalam berapa hari kemudian , akhirnya Sis Hawa pun accept aku dan dengan segeranya aku pun bertanya tentang makeover blog servis . Dan selepas itu Sis Hawa pun beri jumlah berapa bayaran yang perlu bank in . Satu je yang buatkan aku terkejut , makeover untuk keseluruhan blog aku RM35 je weh . Murah kan ? Memang tak sangka sebab before this aku tengok ada orang ambil pakej makeover blog servis ada yang sampaikan beratus . Hm , syukur sangat dapat kenal Sis Hawa sebab sporting dan sanggup ikut apa sahaja yang aku nak .

Gambar dibawah ini adalah first time order makeover blog dengan Sis Hawa . Lawa kan ? Kemas je . Semua ni atas kehendak aku . Sanggup tau aku lakar blog yang macam mana aku mahukan .

Dan yang bawah ini pula yang kedua makeover blog aku order dengan Sis Hawa . Beza sikit je . So far servisnya tip-top dan memuaskan .
Selain itu , Sis Hawa juga ada ambil servis domain untuk para blogger . Untuk tempahan / berminat boleh hubungi Sis Hawa di rosbirumuda.blogspot.my .

Beauty

Foundation Super Jimat dan Tahan Lama

August 27, 2017

Setelah sekian lama mencuba foundation timewise MaryKay. Harini zati nak share kan kat korang kelebihan dan feedback zati terhadap foundation timewise MaryKay ni .

Tube foundation dia kecil je dan mudah di bawa ke mana - mana. So far zati pakai foundation timewise MaryKay ni lah kan, bila mana condition zati di bawah cahaya matahari ke, dia tak bercapuk. Walhal zati pakai foundation dia je. Sebab apa? Sebab dia ada spf30+ . Jadi korang tak perlu bimbang.

Lain daripada itu, zati jamin. Antara ramai daripada korang mesti nak kan foundation yang jimat dan tahan lama. Zati suggest kat korang dan jamin sangat, foundation timewise MaryKay lah yang dapat membantu korang supaya jimat dan tahan lama.
 Cukup dengan sedikit foundation ini untuk harian muka kita. Bayangkan, satu tiub foundation tu dapat tahan 7-8 bulan. Alangkah bahagianya kita. Jadi tak perlulah nak keluarkan modal semata mata foundation yang hanya dapat bertahan selama sebulan. 

Jika anda berminat boleh hubungi di : 
 INSTAGRAM : Maryk_ezaty


Merdeka Blogger Contest by Lazada

August 27, 2017

Yeay, baru ada semangat sikit nak update blog. Sebab apa? Sebab dapat tahu yang Lazada ada buat Merdeka Blogger Contest.


Apa yang suka sebagai rakyat Malaysia? 

Sebagai rakyat Malaysia, banyak benda yang Zati suka . Sebab tempat tinggal Zati memang didiami dan dikelilingi dengan jenis kebangsaan iaitu Melayu, Cina dan India . So, memang dah dapat banyak pengalaman. 

Antara part yang Zati suka bila hari kemerdekaan . Dari situ kiteorang belajar bersatu dan bekerjasama . Bukan apa, hari kemerdekaan kan. Nak pasang bendera lagi , cari tapak untuk sambut hari merdeka dan pelbagai. 

Selain itu, dapat bertukar juadah. Antaranya capati dari kaum india, syushi dari kaum cina dan nasi lemak dari kaum melayu. 

Local brand yang aku suka ?


Zati pilih brand ni sebab dia bukan terdiri daripada shawl sahaja. Malah dress pun ada. So memang sesuai untuk Zati . Bajet pun tak lari sebagai seorang student . Hehe


Cuba tengok shawl dia? Material dia tak jarang , senang bentuk dan kain jenis satin.  Memang sesuai sangat dengan harga dia bagi. 


 This one pula, dress. Antara yang menarik perhatian zati ialah material kain dia dan fesyen dress nya. Masyaallah, tertawan sekejap dengan dress dia. 


Sekian lama membebel tentang local brand yang Zati minat , Zati nak ajak korang support hari kemerdekaan ni dengan Zati dan Lazada . MERDEKA !!! MERDEKA !!! 

TIKET FREE KE LEGOLAND

August 11, 2017

Assalamualaikum warga blogger . Ada yang rindu kan saya ? Hehe . Harini Zati nak bagitahu kat korang yang Sinar Harian ada buat ' TIKET FREE KE LEGOLAND ' . Ada yang nak ke ? Best tau . Sebab apa ? Sebab dah ada pengalaman ke legoland sampai tidur terngigau dibuatnya 😅

Caranya senang je . Korang klik link ni http://sinarharian.com.my/legoland dan sesudah klik lengkapkan borang pendaftaran seperti mana yang diminta .


Selepas selesai dan hantar borang itu , pihak Kumpulan Media Karangkraf akan hantar pengesahan penyerahan tiket legoland pada yang layak . Nak tebus tiketnya bukan sesuka hati pakai nama je ye . Dia menggunakan nombor baucer penebusan . Dengan itu , isilah borang dan email yang betul . Tak dapat jangan menyesal ye . Sekian sahaja perkongsian pada hari ini . Jumpa kita di next post 😆